PELAKSANAAN PEMBERIAN INSENTIF PROFISIENSI BAHASA INGGERIS (IPROBI) BERDASARKAN PEKELILING PERKHIDMATAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BIL 3 TAHUN 2014
Semua Pegawai Pendidikan Daerah,
Pejabat Pendidikan Daerah,
Negeri Perak.
Semua Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah Menengah dan Rendah,
Negeri Perak.
Tuan/Puan,
lnsentif Profisiensi Bahasa lnggeris (IProBI) telah dilaksanakan mulai tahun 2014 berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Bilangan 3 Tahun 2014.
Bagi tahun 2O15, pembayaran IProBI ini akan dilaksanakan sebelum penghujung bulan Mei 2015. Sehubungan dengan itu, bersama-sama lni dikemukakan perkara-perkara berikut untuk maklumat dan tindakan tuan/puan selanjutnya.
*PINDAAN
Kementerian telah membuat pindaan di para 3.1 pada surat berkenaan iaitu pembayaran IProBI hendaklah dibuat secara baucar berasingan dengan kadar segera selewat-lewatnya pada atau sebelum 29 Mei 2015. Ini berdasarkan emel yang diterima oleh Jabatan (seperti di attachments).