KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM SESI 1 TAHUN 2015
1) Pembantu Makmal Gred C17
2) Pembantu Pengurusan Murid Gred N17
3) Penyelia Asrama Gred N17
4) Pembantu Tadbir (P/O) Gred N17
5) Pembantu Tadbir Rendah Gred N11
KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM SESI 1 TAHUN 2015 ANJURAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Calon boleh menyemak keputusan Peperiksaan Perkhidmatan Awam Sesi 1 Tahun 2015 yang telah diadakan pada 24 hingga 26 Februari 2015 pada 11 Mei 2015 (Isnin).
Semua calon hendaklah menyemak keputusan peperiksaan di sini dengan menggunakan Internet Explorer.
Bagi calon Ujian Kederasan Menaip Untuk Hadiah Kenaikan Gaji (HKG) bagi Pembantu Tadbir Rendah Gred N11, keputusan akan dihantar melalui surat ke tempat bertugas masing-masing.
Perkhidmatan myUSSD disediakan untuk semakan tiket dan keputusan Peperiksaan Perkhidmatan melalui kemudahan telefon mudah alih. Perkhidmatan myUSSD boleh dinikmati oleh pengguna Maxis,Celcom dan Digi dengan mendail *158#. Untuk maklumat lanjut sila layari www.malaysia.gov.my ataupun www.mymobile.gov.my. Untuk capaian manual pengguna, sila layari http://www.moe.gov.my/bppk.
Kepada Anggota Kumpulan Sokongan yang belum sah atau belum menduduki peperiksaan perkhidmatan boleh mula memohon secara online mulai 1 hingga 30 Jun 2015.
Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan Unit Penilaian Tahap Kompetensi di talian 05-5015261/5271.
Sekian, terima kasih.
“PERAK SENTIASA DI PUNCAK KECEMERLANGAN”
Saya yang menurut perintah,
Unit Penilaian Tahap Kompetensi
Jabatan Pendidikan Perak