DASAR
Apa Itu Dasar Keselamatan ICT?
- Dasar keselamatan ICT (DKICT) adalah merupakan peraturan-peraturan yang mesti dibaca, difahami dan dipatuhi dalam menggunakan aset teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
- Dasar ini juga menerangkan kepada semua pengguna mengenai peranan dan tanggungjawab dalam melindungi aset ICT.
Kepentingan DKICT
- DKICT adalah dokumen penting dan amat diperlukan bagi menjamin kesinambungan segala urusan KPM dalam melaksanakan program ICT Sektor Awam dengan meminimumkan kesan insiden keselamatan ICT.
PUNCA KUASA
- Pekeliling ICT Bil 1 Tahun 2011 - Dasar Keselamatan ICT Kementerian Pendidikan Malaysia
PROGRAM/AKTIVITI DKICT
- Mengadakan taklimat/ ceramah/ slot khas dalam mana-mana program/ aktiviti dalaman yang dijalankan.
- Memasukkan DKICT sebagai agenda tambahan dalam mana-mana mesyuarat yang bersesuaian.
- Menggalakkan pegawai/ staf menghadiri program-program kesedaran mengenai Keselamatan ICT.
ARAHAN PELAKSANAAN DI JPN/PPD/SEKOLAH
MUAT TURUN
PEGAWAI UNTUK DIHUBUNGI
Puan Suhana binti Mohd Alias
Pegawai Teknologi Maklumat
Sektor Pengurusan Maklumat (ICT)
Telefon : 05-501 5199
E-mel : suhana.malias@moe.gov.my