CAKUPAN TOPIK PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN TINGKATAN 4 DAN 5 TAHUN 2015 NEGERI PERAK
Kepada,
Pengetua Sekolah Negeri Perak.
Tuan,
CAKUPAN TOPIK PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN TINGKATAN 4 DAN 5 TAHUN 2015 NEGERI PERAK
Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pendidikan Negeri Perak telah menyediakan cakupan topik Peperiksaan Pertengahan Tahun 2015 bagi mata pelajaran :
Bahasa Melayu
Sejarah
Matematik
Sains Teras
Fizik
Kimia
Biologi
Matematik Tambahan
Ekonomi Asas
Perdagangan
Ekonomi Rumah Tangga
Prinsip Akaun
3. Penetapan cakupan topik ini adalah sebagai garis panduan kepada pihak sekolah dalam menyediakan kertas soalan.Sila muat turun fail di bahagian attachment untuk mendapatkan maklumat secara terperinci. Pada 16 Januari yang lalu telah diuploadkan Cakupan topik namun ada sekolah yang telah terlepas informasi ini. Mohon tindakan tuan-tuan.
4. Untuk makluman tuan, Sektor Pengurusan Akademik telah mengedarkan CD Jadual Spesifikasi Item untuk Peperiksaan Pertengahan Tahun 2015 kepada sekolah-sekolah mulai pada 16 Mac. Tuan-tuan boleh dapatkan CD JSI ini daripada Ketua Unit Akademik di Pejabat Pendidikan Daerah masing-masing.
Sekian, terima kasih.
Attachments:
1. Edit_CAKUPAN PEPERIKSAAN PPT TING 4 DAN 5.pdf