HEBAHAN

Isnin, 6 April 2015

JADUAL SPESIFIKASI ITEM (JSI) PEPERIKSAAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 BAGI KERTAS 3 MATA PELAJARAN FIZIK, KIMIA DAN BIOLOGI TINGKATAN 5


Pengetua Sekolah Menengah,

Negeri Perak Darul Ridzuan.



Tuan,

Jadual Spesifikasi Item (JSI) Peperiksaaan Pertengahan Tahun 2015 bagi Kertas 3 Mata Pelajaran Fizik, Kimia dan Biologi Tingkatan 5

Sukacita saya merujuk kepada surat bernombor rujukan J.PEND.PK(AM)3955/78Jld.7 (84) bertarikh 16 Mac berkaitan dengan Edaran Cakera Padat (CD-R) Jadual Spesifikasi Item (JSI) dan surat Siaran Lembaga Peperiksaan bernombor rujukan KP.LP.003.07.14Jld.2 (50) bertarikh 20 Mac 2015 berkaitan dengan Penangguhan Peperiksaan Pusat Amali Sains bagi Mata Pelajaran Fizik, Kimia dan Biologi di dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2015.

 2.       Sehubungan dengan itu, JPN membuat keputusan bagi menggantikan Kertas Amali bagi mata pelajaran Fizik, Kimia dan Biologi Tingkatan 5 dengan Kertas 3 di dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun 2015. Mohon kerjasama tuan memaklumkan Ketua Bidang Sains sekolah untuk memuat turun JSI Kertas 3 pada "Attachment" di bawah.

 3.       Bersama-sama ini juga dibekalkan JSI Kertas 1 bagi mata pelajaran Biologi tingkatan 5, JSI kertas 1 bagi mata pelajaran Fizik Tingkatan 4 dan 5. Untuk makluman tuan, JSI Kertas 1 (Biologi) tingkatan  5 telah ditambah baik dengan cadangan soalan KBAT sebanyak 30%. Manakala JSI Kertas 1 (Fizik) Tingkatan 4 dan 5 menggunakan Taksonomi Bloom edisi semakan (Anderson, 2001). Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pn Che Norasiykin bt Che Mat di talian 05-241 4000 (sambungan 111) atau sms ke 017-4154905. Segala kesulitan amat dikesali.



Sekian. Terima kasih