CAKUPAN TOPIK PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN BAGI MATA PELAJARAN BAHASA INGGERIS TINGKATAN EMPAT DAN TINGKATAN LIMA, 2015
Pengetua
Sekolah Menengah
Negeri Perak
Tuan,
CAKUPAN TOPIK PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN BAGI MATA PELAJARAN BAHASA INGGERIS TINGKATAN EMPAT DAN TINGKATAN LIMA, 2015
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Cakupan topik Peperiksaan Pertengahan Tahun bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima dibina bagi membantu guru Bahasa Inggeris merancang kandungan item peperiksaan pertengahan tahun tersebut.
3. Untuk makluman tuan, cakupan topik peperiksaan pertengahan tahun bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris Tingkatan 4 telah diubah berikutan penukaran teks komponen sastera komponen sastera (KOMSAS) dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris Tingkatan Empat mulai tahun 2015 (sumber: Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 3 Tahun 2015 rujukan KP/KPPM/6/Jld.2(10) bertarikh 5 Mac 2015).
4. Cakupan topik peperiksaan pertengahan tahun bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris Tingkatan Empat hanya tertumpu kepada Kertas 2, Section D. Cakupan topik peperiksaan pertengahan tahun bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris Tingkatan Lima tiada perubahan.
5. Mohon muat turun cakupan topik peperiksaan pertengahan tahun bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima bagi tahun 2015 untuk rujukan dan tindakan Ketua Panitia Bahasa Inggeris di sekolah tuan.
6. Sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Md Faisal bin Md Yusuf di talian 05-241 4000 sambungan 149 atau 012-5529582.
Kerjasama tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
EN.MD FAISAL BIN MD YUSUF
Pen.Pengarah (Bahasa Inggeris)
Sektor Pengurusan Akademik
Jabatan Pendidikan Negeri Perak
b.p Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Perak