Kepada,
Guru Besar
Sekolah Rendah Negeri Perak.
1. BORANG MAKLUMAT CALON
Mohon kerjasama Calon yang menduduki Ujian Kecekapan Bahasa Melayu di Pusat SMK Sultan Yussuf, Batu Gajah pada 6 April 2015 untuk memuat turun dan melengkapkan Borang Maklumat Peserta dan menghantar borang tersebut bersama-sama borang tuntutan perjalanan masing-masing.
NOTA : CALON UKBM PADA 7 &8 APRIL 2015 DI PUSAT SMK SULTAN YUSUF DAN PUSAT SMK BANDAR BARU PUTRA TIDAK PERLU ISI BORANG MAKLUMAT CALON
2. BORANG TUNTUTAN PERJALANAN
Semua calon diingatkan supaya menghantar Borang tuntutan perjalanan yang lengkap sebelum 25 April 2015 kepada:
En. Zoraimi bin Shariff
Sektor Pengurusan Akademik,
Jabatan Pendidikan Negeri Perak,
Tingkat 14, Bangunan Maybank Trust,
Jalan Tun Sambanthan,
30000 Ipoh., Perak
Sila pastikan borang tuntutan tersebut lengkap mengikut ketetapan berikut:
1. Borang Tuntutan ( Lampiran A)
2. Surat panggilan menghadiri UKBM
3. Senarai nama calon ( muka surat yang terdapat nama calon )
4. Muka buku bank ( nombor akaun bank )
5. Resit tol ( jika menggunakan lebuh raya )
6. Borang kebenaran mengguNakan kenderaan sendiri
Sebarang pertanyaan tentang UKBM, sila hubungi Pn. Hajah Noor Lailie bt. Yeop Mohd Yunus atau Encik Zoraimi bin Shariff di talian 05-2414000.
Attachments:
1. Borang Maklumat Peserta_UKBM.pdf
2. Calon Pusat 1 Smk Sultan Yussuf 6 April 2015.pdf
3. Calon Pusat 1 Smk Sultan Yussuf 7 April 2015.pdf
4. Calon Pusat 1 Smk Sultan Yussuf 8 April 2015.pdf
5. Calon Pusat 2 Smk Bandar Baru Putra 6 April 2015.pdf
6. Calon Pusat 2 Smk Bandar Baru Putra 7 April 2015.pdf
7. Jadual Pusat 1 : 6 April 2015.pdf
8. Jadual Pusat 1 : 7 April 2015.pdf
9. Jadual Pusat 1 : 8 April 2015.pdf
10. Jadual Pusat 2 : 6 April 2015.pdf
11. Jadual Pusat 2 : 7 April 2015.pdf
12. Pelan Ke Lokasi UKBM Perak.pdf
13. Surat Panggilan UKBM.pdf